Wednesday, March 30, 2011

^^

Err.. tak tau nak tulis apa~hu^^
some say, i am garang~
really?

wow~

for me?

yup~ yes i am.

i am garang~ but insya Allah, my years 6 tuiton kids always come to class prepared~ they say "takut abg iman marah~" haha :P

i am garang~ but after programme, my peserta sms me~ Rindu~

i am garang~ but they said, they would never kecik2 hati~ because they know, its for their own good rite? no hard feeling ay?

zero-zero~

haha^^

--------------------------------------------------------------------------------------

lihat~ betapa istimewanya kanak2~ mereka tidak pernah terlalu memberati perkara yang tidak perlu. sentiasa ceria dan tiada hard feeling walaupun setelah seminit aksi garang ditunjukkan~ terkadang menangis sebentar, dan seketikanya ketawa.

luhur~ thats the word.

harapnya kita yang dewasa ini juga dapat menyelami mereka~~

kan?


^^

Thursday, March 17, 2011

(-.-)

Kadang-kadang~
Kite rasa macam nak bunuh masa silam~
Nak padam, rendam dalam klorox-bleach, berus2, letak dlm washing mishin, letak dynamo~
Kasi tanggal semua parut masa silam~
Tapi~
Buatlah macam mana pun,
Silam itu tetap di situ~
Tetap tidak berganjak~

Larilah~
Pekiklah~
Lolonglah~
Silam itu tetap di situ~
Terpahat, terpatri abadi~
Takkan mampu dipadam~

Terkadang kita rasa macam nak tulis surat kat Tuhan~
Nak tanya~
Apa yg disediakan untuk aku nantinya?
Pada masa depan?
Apakah akan terus berada atas jalan ini?
Apakah silam akan terus mengejar?
Apakah akan menutup mata dalam syahid cinta-Nya?
Adakah hanya berangan-angan kosong?

Tapi~
Aku tahu~
Yang baik itu dari-Nya
Yang tak baik tu dari diri sendiri~

Jadi,
Kerja jelah kuat-kuat~
Terus berlari~
Manelah tahu esok lusa~
aku mati~ kan?

Wednesday, March 16, 2011

Raudah~

suatu petang~
nada henfon berbunyi~~~

"hello, Assalamualaikum~"

giggle2~~ hihi

"waalaikumsalam~ ni abang iman eh?"

nada anak kecil dihujung talian~ terdengar bunyi riang~

"ye. adik siapa ni?"

gigle2~~~

"abang iman, ni raudah la. ingat lagi tak?"
"raudah?"

seketika memangil kembali ingatan~ ah.. kosong.

"raudah mana ye?"
"raudah skpa 2 la abg iman~"
"oh raudah.. ha, ada apa raudah?"

giggle2~~

"abang iman, hari ni birthday raudah tau"
"iye? umur berapa ni? how old are you?"
"seven"

Giggle2~

"oh no~~ u r old raudah. dah tak boleh main-main lagi tau raudah."
"yelah. nanti Raudah dah tak main-main lagi dah. Abang iman, hari tu Raudah dapat A."
"iye? dah bagi tau ibu?"
"Dah. Raudah dah bagitau ibu."
"ibu ada bagi hadiah apa2 tak? Birthday Raudah lagi ni. ibu ada cakap apa2?"
"ada! Ibu kata dia doakan Raudah.Supaya jadi anak solehah. Masuk syurga. Macam nama Raudah. Abang iman~ Raudah pun doakan abang Iman masuk syurga~"

- MashaAllah…

im not perfect~

Im not perfect~

Kerana tanpa teguran, aku tidak akan tahu aku salah. Dan aku tidak akan pernah tahu aku melangkah ke hadapan.

Kerana tanpa tatihan, aku tidak akan berlari.

Kerana tanpa kecewa, aku tidak akan kenal erti Berjaya.

Terkadang kita menangis~ tapi hidup tak selamanya bertemankan tangis. Ada masanya ketawa datang menjengah lewat gurauan sahabat atau ujian sinis kehidupan.

Kita tidak selalu hebat. Ada masanya kita tersalah langkah, terjatuh dan kembali tertatih.

Ada masanya kita betul dalam sesuatu, dan ada masanya kita salah dalam sesuatu.

Ada masanya minat mendominasi dan ada masanya jemu bertandang.

Kita bukan malaikat~ yang suruh sujud ribuan tahun tetap tidak akan pernah jemu.

Kita manusia. Yang terlalu sinonim dengan erti kata nama lupa.

Aku jadi suka kata-kata ini lagi~

“Ingat betapa pentingya teguran untuk kita. Jangan pernah membenci teguran. Jangan pernah lari dari teguran. Dan jangan memandang enteng teguran. Kerana dari teguran, kita menjadi kita”

sebotol kaca yang cantik tidak akan menjadi kaca tanpa ditempa dengan api yang panas.

Im not perfect. And always not perfect.

aku tidak berdiri disini tanpa kalian disisi~ berdirilah~ tegurlah~ dan bersama berkongsi. ada tikanya aku salah dalam mentafsir~ dan ada tika nya pandanganku berlebihan~ dan kerana itu aku perlukan kalian~ sebagai sahabat. sebagai cermin. Sebagai pengukur.

Mungkin apa yang kurang pada kalian saat ini, aku lebihkan. Dan mungkin apa yang kurang pada aku nantinya, kalian lebihkan.

Dan untuk itu, terima kasih untuk semuanya :)

Wednesday, March 9, 2011

(T_T)

Hawa,mengertilah~~
Adam bukanlah insan yg kuat~
Bukan juga insan yg bisa menahan nafsu~
Tatkala diri diuji, Adam sering tewas~
Tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri~

Hawa,mengertilah~
Sungguh, Adam telah cuba melakukan yg terbaik~
Agar tidak menjadikan Hawa sebagai fitnah dunia~
Kerana tidak akan menjadi fitnah,
melainkan Hawa dan Adam membuka fitnah~
Telah Adam cuba menjaga pandangan sebaiknya~
Telah Adam elakkan sejauh-jauhnya..
Telah Adam biarkan hingga jemu..
Namun mengapa masih Hawa tertarik pd Adam~
Adam yg serba kekurangan ini.

Hawa,mengertilah~
Adam tidak mampu bertahan untuk selamanya~
Ketika diasak kiri dan kanan dari mereka yang ingin mendekati~
Sukar untuk Adam menolak bila Hawa meminta~
Adam tahu permintaan Hawa~
Adam faham benar harapan Hawa~
Tak mungkin membawa ke kancah maksiat...
Namun, Adam lemah...
Adam takut zina hati...

Hawa,mengertilah~
Setiap kali 'sms' diterima~
Adam keliru~
Ingin sekali Adam membiarkan sahaja~
Tapi Adam akur tuntutan sahabat~
Adam tewas~
Adam reply juga~
Mengenangkan Hawa adalah sahabat~

Hawa,mengertilah~
setiap layanan yg Adam beri hanya sekadar membantu~
Mungkin Adam adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Hawa~
Memudahkan perjalanan hidup Hawa nantinya~
Jgn disalah tafsir apa yg Adam berikan~

Hawa,mengertilah~
Adam mengharapkan Hawa menghormati adam~
Namun,bukanlah 'couple' yg perlu Hawa pinta~
Tp cukuplah sekadar membiarkan Adam menjaga hati~

Cukuplah dengan tidak memandang Hawa~
Cukuplah bagi Adam menghormati Hawa sebagai Hawa~
Jgn dipinta apa yg tak mampu Adam berikan~
kerana Adam tetap milik Allah sepenuhnya~

Hawa,mengertilah...

Monday, March 7, 2011

.: Budak Milo~ :.

Hari ni rasa down. Nak tahu kenapa? Mungkin sebab dimarahi depan orang ramai~ Tentang satu soalan bodoh yang diajukan~

“Encik, Tumpang Tanya, Dah nak bukak Casing HP Turbine ni ke?”

Dia diam~ Seketika terpancul raut kemarahan di wajahnya.

“Cuba jangan Tanya soalan bodoh dengan saya. Maaf, saya memang macam ni. Engineer-engineer saya pun saya buat macam ni. Kalau nak tau sangat baca O&M manual. Saya tak suka layan soalan bodoh macam ni”

“Err.. Maaf-maaf.”

“Maaflah~ saya tak suka layan soalan bodoh macam ni. Awak ke sini buat apa?”

“Tak~ saya disuruh update tentang maintenance turbine. Tu yang saya Tanya Encik”

“Siapa yang suruh? Kenapa dia hantar awak pulak? Kenapa tak boleh datang sendiri?”

“Err..”

“Awak ni Training? EDP? Ke TDP?”

“Err.. tak. Saya praktikal je kat sini~”

“Oh.. Praktikal? Tak payah la. Tak payah la nak amik tau pasal steam turbine ni kalau sekadar praktikal je~ Tak payah la. Takkan dapat kerja kat sini”

“oh? Maaf2~ Maafkan saya”

Dia berpaling~ aku juga. Dibiar tergamam disitu. Dilihat entah berapa pasang mata yang memandang. Kau tahu? Aku sekadar ingin tahu~ ingin belajar. Kerana tugas itu yang diamanahkan kepada aku~


Aku tergamam~

Amat~

Luruh seketika~ Sensitif? Ya benar~ Akhirnya pulang. Sepanjang perjalanan, aku cuba diceriakan oleh sahabatku. Tapi entahlah~ aku terasa. Sekali~ Aku hanya ingin belajar disitu. Belajar dan terus belajar~ tidak pernah terlintas satu hari nanti untuk bekerja disitu. Tidak pernah! Sekalipun~

Aku tau~

Aku sekadar Budak milo suatu ketika dulu. Budak milo yang kerja disitu juga. Yang kerjanya mengambil minuman~ mengutip gelas dan cawan. Membasuh dan mencuci. Itu rutinku suatu ketika dulu. Selayaknya budak milo seperti aku bermain-main saja dikaki bukit.Namun perancangan Allah itukan yang terbaik? Syukur, kembalinya aku ke situ sebagai Foremen semasa cuti sem. Dan kini, aku tidak pernah menyangka, tempat yang dahulu layaknya aku digelar budak milo, kini digelar “Student Practical”. Syukur~

Allah~

Jangan hilangkan rasa sensitif ku~

Kerana rasa itu membuat aku bangkit dan terus bangkit~ Jangan bunuh rasa itu. Jangan~ Aku hanya ingin terus berlari~ dan berlari. Dan berlari~ Hingga sampai waktu yang Engkau tentukan nanti~

Hingga saat itu, jangan Kau hentikan ku~

Mengharap~ yang terlalu.

Iman~