Wednesday, August 17, 2011

Sejak dari mula~


Terpanggil untuk menulis, setelah sekian lamanya terletah dalam percakapan. Menjadi seolah-olah bisu untuk berbicara. Sebenarnya yang mengundang kerisauan adalah tamparan sinis seorang sahabat tentang penulisan yang mampu mengengar minda. Pernah kalian menulis sesuatu yang bukan sekadar percakapan kosong? Atau sekadar bual-bual biasa? kerana jujurnya, tidak ramai yang mampu menulis bahan bacaan yang mampu menjadi pengembang minda. Mungkin kerana kekangan-kekangan masa, kesibukan atau kekangan lainnya.

Ya~ aku juga bergitu.

Jika kalian kalian memang bijak menulis, anngaplah kalian diberi kelebihan, Maka gunakanlah sebaiknya.

Tapi bagi aku, karya yang paling agung apabila kita berjaya menyentuh hati seseorang untuk terpaut ke arah kebaikan. walaupun bukan melalui tulisan, tapi itulah yang paling terindah. Apabila tugas sebagai pejuang dapat dilaksanakan walau bukan dengan mata pena. kerana sememangnya medan amal, jauh lebih payah dari medan kata.

Sejujurnya menulis bukan suatu perkara mudah. Bahkan, ramai yang trauma apabila hasil tulisan di salah anggap oleh pembaca. Hingga terkadang, layu. Terus terbiar. Tidak semua orang berkemahiran dalam mencanai perkataan untuk dijadikan pengegar jiwa.Terutama apabila kita bertujuan mengajak manusia melalui tulisan. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Mungkin kerana itu, aku menulis sekadar untuk rehat-rehat jiwa. Tidak pernah lebih. Tidak pernah kurang. Hanya sekadar kaedah. Rehat-rehat yang semoga bermanfaat bagi yang ingin mengambil iktibar.

Janggal rasanya menulis begini. Sekian lama mengubat diri dari trauma, baru hari ini rasanya berjaya menulis tanpa mengambil sudut pandangan orang ketiga. Mungkin benar kata orang~ jika perkataan itu datang dari hati. Kau pasti tahu.

Tapi~ apa pun, karya agung itu tetap pada medan amal. Menasihati melalui peribadi. Bagi sesiapa yang mempunyai kelebihan menulis atau melukis~ buatlah ketika lapang. Dan teruskan walau tertatih.

Oh? Daie ada masa lapang?

Urm.. apa pun, Niat aku menulis hanya satu. ya.. Satu. Sejak dari mula~

yang sedang keliru~
Iman

Little Lily~


Aku ada satu cerita yang sering aku ceritakan pada adik-adik disetiap program yang pernah aku hadiri~

Kisah seorang anak kecil~
Dan sekuntum bunga lily~

Di sebuah Bandar, ada seorang anak gadis kecil yang sangat ceria. Hidupnya penuh semangat. Berusaha semampu yang boleh. Walaupun dirinya kurang pandai dalam pelajaran, tetapi bahkan dia tetap berusaha memberi yang terbaik dalam hidupnya. Tiada istilah berputus asa dalam diri gadis kecil itu.

Hinggalah satu hari, gadis kecil itu muram sekali. Entah apa yang bermain dihatinya. Cerianya hilang.Senyum nya tidak terlukis. Hanya kesedihan yang jelas tergambar di wajah gadis kecil itu.

Lalu gadis kecil itu pulang kerumah. Sampainya dirumah gadis kecil itu disambut ibunya dengan gembira. Tetapi bahkan gadis kecil itu suram. Lantas memeluk ibunya dan menangis.

“Ibu, kenapa adik tak pandai? Kenapa adik dah berusaha sehabis mampu tetapi adik tidak boleh menjadi pandai macam orang lain? Kenapa ibu? Adik nak masuk Universiti” Esak gadis kecil itu dalam pelukan ibunya.

Ibu tersenyum.

Ternyata itu persoalan yang sedang bermain di hati gadis kecil itu.

Lantas si ibu membelai halus rambut gadis kecil itu. Seketika berkata~

“Adik, Kenapa cakap macam ni sayang?”

Gadis kecil itu hanya menangis.

“Adik pernah tengok bunga lily? Bunga yang tumbuh di tepi longkang rumah kita?” Sambung si ibu.

Gadis kecil itu meleraikan pelukannya. Ditatap wajah ibunya dalam-dalam. Seketika dia mengeleng.

“Adik nak tahu, Bunga lily adalah bunga yang tabah. Walaupun hanya tumbuh ditepi-tepi jalan, tidak disedari oleh orang disekelilingnya, bunga lily tetap memberikan keindahannya setiap pagi, setiap hari. Tidak pernah jemu, tidak pernah bosan. Tetap mekar dari fajar hingga terbenam matahari. Jadi, adik kenalah contohi bunga lily. Adik kena kuat. Tabah. Macam lily. Kalau bunga lily boleh beri keindahan setiap hari, Sayang ibu ni pasti boleh. Jangan berputus asa tau”

Senyum si ibu~

Si adik tersenyum. Lantas memeluk erat ibunya.

Pasti, dia akan mencontohi lily. Pasti.
Memberikan yang terbaik setiap hari.

Life itself, not like examination. When ur answer is wrong, u failed. When ur answer is right, u pass. It’s not like that. Live always have a choice. If u chooses to study, that’s the right answer. If u chooses to work, it’s also the right answer. U may wrong today, but u may right another day.

Just don’t give up~
Try your best, do ur best~
Everyday.

Insya Allah :)

Dan jika ditanya bunga apa kesukaan ku~
Lantas aku menjawab~
"lily~"

Sunday, August 14, 2011

Wish~

I know the clock will never turn back, but sometimes I still wish for it ~~ (-__-)"

(-.-)~~~~~~

Kadang-kadang, kita rasa kita nak kembali pada masa lalu. Hidup seperti kanak-kanak~ Perbetulkan kesalahan yang pernah kita lakukan dan membuat sesuatu yang kita inginkan.

Tapi~

Larilah sejauh mana, menangislah semampu kita~ Masa itu tetap tidak berubah. Tetap tidak berganjak~ Tetap teguh. Tetap disitu. Hingga terkadang kita lelah untuk menanti~ Lelah untuk meminta. Lelah untuk mengharap.

Lalu kita belajar tentang erti kekecewaan~ Kembali tertatih pada jalan yang satu ketika dahulu pernah kita jatuh. Tertatih, berjalan. Semakin lama semakin laju. Dan laju, dan laju. Hingga saatnya kita berlari dengan penuh gagah. Berlari tanpa kerisauan,

Ada ketikanya kita terjatuh lagi~
Bangkit~
Jatuh~
Dan jatuh lagi~~

Hingga kita lupa, kita pernah mengharunginya satu ketika dulu.
Dan kembali mengharap pada masa yang telah berlalu.
Walaupun kita tahu semua itu adalah mimpi~

Urm.. Diri ini juga tidak bertemu penyelesaiannya. Kerana terlalu benar, diri ini juga manusia biasa. Penuh dengan harapan yang entah hanya mimpi. Tapi satu yang diri ini pasti, sejauh mana masa berlalu, sejauh mana dia meninggalkan kita, pada satu hari yang pasti, masa itu pasti akan terhenti. Pasti!

Jadi, jika masa itu pasti terhenti, apa yang kita harapkan dengan masa lalu?

Benarlah, sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian.

Semoga kami tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi.

Semoga~~