Im not perfect~
Kerana tanpa teguran, aku tidak akan tahu aku salah. Dan aku tidak akan pernah tahu aku melangkah ke hadapan.
Kerana tanpa tatihan, aku tidak akan berlari.
Kerana tanpa kecewa, aku tidak akan kenal erti Berjaya.
Terkadang kita menangis~ tapi hidup tak selamanya bertemankan tangis. Ada masanya ketawa datang menjengah lewat gurauan sahabat atau ujian sinis kehidupan.
Kita tidak selalu hebat. Ada masanya kita tersalah langkah, terjatuh dan kembali tertatih.
Ada masanya kita betul dalam sesuatu, dan ada masanya kita salah dalam sesuatu.
Ada masanya minat mendominasi dan ada masanya jemu bertandang.
Kita bukan malaikat~ yang suruh sujud ribuan tahun tetap tidak akan pernah jemu.
Kita manusia. Yang terlalu sinonim dengan erti kata nama lupa.
Aku jadi suka kata-kata ini lagi~
“Ingat betapa pentingya teguran untuk kita. Jangan pernah membenci teguran. Jangan pernah lari dari teguran. Dan jangan memandang enteng teguran. Kerana dari teguran, kita menjadi kita”
sebotol kaca yang cantik tidak akan menjadi kaca tanpa ditempa dengan api yang panas.
Im not perfect. And always not perfect.
aku tidak berdiri disini tanpa kalian disisi~ berdirilah~ tegurlah~ dan bersama berkongsi. ada tikanya aku salah dalam mentafsir~ dan ada tika nya pandanganku berlebihan~ dan kerana itu aku perlukan kalian~ sebagai sahabat. sebagai cermin. Sebagai pengukur.
Mungkin apa yang kurang pada kalian saat ini, aku lebihkan. Dan mungkin apa yang kurang pada aku nantinya, kalian lebihkan.
Dan untuk itu, terima kasih untuk semuanya :)
like this
ReplyDelete