Pagi tadi aku ada terbaca tentang kisah seorang bayi yang cukup sifat dibuang didalam sebuah kotak. Ibarat seekor anak kucing yang dibuang oleh tuan yang tidak mahukan mereka. Kasihan~ Bayi perempuan itu comel. Sempurna sifat. kenapa harus bayi yang sesempurna sifat itu harus dibuang? Hanya berbekal botol susu disebelah kanan, dan lampin disebelah kiri. Adakah itu tandanya “tanggungjawab”. Sekurang-kurangnya aku telah bekalkan susu dan lampin?
Wah~~ hebat.
Entahlah~ banyak yang hendak difikiran tentang isu ini.
Cuma terdetik~ apabila zina lebih mudah dari perkahwinan.
Aku pun tak berapa faham sebenarnya. Mereka kata mereka bercinta~ katanya tidak dapat lari dari sifat menyayangi dan disayangi. Merindui dan dirindui. Chewah~~ haha. Geli ko dengar. Tetapi kenapa harus jalan ini jadi pilihan mereka? Bukankah dengan mempunyai keluarga, mempunyai anak dan isteri, adalah sebuah perasaan yang telah di install kan dalam diri manusia?
Mereka seolah2 merasa, Cinta itu sesuatu yang sangat luar biasa. Hanya mereka sahaja yang mampu merasai. Tanpa mereka sedari, perasaan cinta itu adalah suatu perasaan yang normal. Setiap orang merasakan benda yang sama~ “perasaan”. Terkadang pelik, melihat sesetengah pasangan bercinta seperti ingin dihebahkan kepada satu alam.
“Aku dilamun cinta dengan si Dia!!!!”
“Hidup aku akan mati tanpamu~!”
Begitu diagung-agungkan, seolah-olah perasaan cinta tu diorang je yang mampu rasa.
Pentingnya kita tahu perasaan tu adalah sesuatu yang normal, supaya kita tahu bahawa diri kita ni normal. Bukan abnormal~ atau sinonimnya gila. Bila kita tahu kita normal, ada masalah ke? Dan perlu ke digembar gemburkan~ atau dibesar-besarkan.
Even aku sekali pun~
Perasaan memang tetap ada. Terlalu ada~ terlalu ingin mempunyai keluarga, mempunyai isteri dan anak~ mempunyai adik ipar dan abang ipar. Bekerja~ Cari rezeki. Dan setiap kali tiba dirumah akan disambut oleh anak~
“yeay yeay! Abi dah balik!”
Itu fitrah kan? Fitrah bagi setiap manusia. Adakah fitrah sebegitu dipandang
“eiii.. jiwangnye~~”
“owh please.. muak aku dengar~”
Dan terkadang ada juga yang berkata,
“ko ni dah gatal sangat ni~”
Wah.. sampai macam tu sekali pandangan yang aku terima. Haha~ Ha, korang pun sangka macam tu kan?? haha~
Tapi tu la, Fitrah yang sebegitu dah dipandang asing oleh masyarakat sekarang. Mereka lebih suka sebuah pergaulan yang bebas. Tanpa ikatan kekeluargaan~ tanpa kokongan dari ahli keluarga. Atau lebih tepat, tanpa ikatan tangunggjawab. Mungkin?
Teringat pesan seorang sahabat tentang sebuah Hadis Rasullah Sallahu ‘alaihi wassalam~
“islam itu datang dalam keadaan dagang, dan akan kembali dalam keadaan dagang juga. Maka beruntunglah orang2 yang dagang, yang menghidupkan sunnahku tatkala insan lain melupakannya”
Perasaan kasih sayang adalah satu anugerah. Dan menjadi nikmat, jika disertai dengan iman. Tetapi terkadang, tidak kurang juga yang menjadi derita. Kerana disulami nafsu~
Perasan hanya luapan sentiment berkala. Terkadang tinggi, terkadang rendah. Cinta seharusnya bersyarat. Cinta yang didasari oleh matlamat~ tidak kosong dengan asas. Dengan tapak yang kukuh. Ramai orang mudah terharu apabila dikatakan cinta tanpa matlamat.
“aku menyintai mu kerana dirimu~”
Fuh! Bak pemuisi mencipta puisi untuk benda yang dipuisikan. Lantang~ Hebat! Tanpa mereka sedari, mereka mengharapkan syarat dari benda yang mereka cintai. Mereka harapkan balasan~
Seperti kekasih yang mencintai kerana mengharapkan balasan Kesetiaan dan kejujuran~
Seperti ibu yang mencintai kerana mengharap kelangsungan zuriat~
Pasti ada syarat yang diajukan tanpa disedari. Apakah mampu mencintai jika pengkhianatan diterima? Jika berulang kali disakiti? Jika masih mampu, jelas, itu harus dibezakan antara cinta dan kekeliruan perasaan.
Sebenarya entry kali ni bukanlah pasal cinta pun. Korang pun jemu kan? lagi2 cinta. Cinta, cinta, cinta~ hu^^ tapi benda ni takkan jadi kalau takde “cinta”. Seolah-olah cinta itu tuhan. Tiada lagi hubungan remaja dengan benda lain. Janggal didengari hubungan remaja dengan iman~ hubungan remaja dengan akhlak. Hanya ada~ remaja dan cinta.
Wah~~~ hebat.
Urm.. Apabila perkahwinan disusah-susahkan, dan zina dimudah mudahkan.
Akibat?
Korang rasa?
*
Pensil : apabila pasangan terpaksa mengikat nafsu yg ingin diperolehi secara halal kerana terpaksa memenuhi nafsu keangkuhan keluarga.
Pemadam : Perlu difahami konsep antara tahu, faham dan mahu. teringat kata orang dulu~ "kau dah ada lembu ke nak kawin?". sedangkan yang nak berkahwin tu bukannya dengan lembu. :P
No comments:
Post a Comment