Thursday, February 3, 2011
.: Atom~ :.
Kita pernah belajar dulu, Setiap benda yang kat dunia ni terbina daripada atom. Dan kita tahu, dalam atom ada nukleus. dan dalam nukleus pula ada proton.
hu^^so? what a big deal kan? Ala.. benda kecik2 ni pun nak bising. Macam dia sorang je yg tau. kan?
tapi..
Tahu tak, proton bercas positif?
Tahu?
Kalau begitu, kita mesti tau, apabila cas positif bertemu cas positif, mereka akan menolak antara satu sama lain.
Macam magnet.Yang sama kutub, akan menolak~ dan berlainan kutub akan menarik. hu^^
Tapi bezanya, proton kecil. Dan proton bercas positif. Tak nampak kat mata. Tersangat kecil. Dan proton2 ni, tersangat rapat.
Nak tahu?
Walaupun proton ni menolak antara satu sama lain~ tapi, proton ni tak terpisah~
Duduk rapat2 dalam nukleus. Tersangat rapat~
So, Maksudnya ada daya yg memegang proton2 tu dari berpecah. Ada ikatan yang mengikat proton2 tu bersama.
Pernah cubit tangan sendiri?
Sakitkan?
Terkoyak tak kulit?
Tidak kan?
hu^^ so maksudnya, ikatan kat kulit tu kuat. Bukan senang nak pisah2kan. Bukan senang nak koyak-koyakkan.
Tapi..
Ikatan kat proton ni lagi kuat. sebab ikatan kat proton ni akan mengikat daya tolakan proton. Jangan bagi proton terlepas. So, memang susah nak nak pisahkan. hu^^
Jadi, apa yang istimewa sgt kan? Ala.. semuanya biasa. Benda2 kita belajar kat buku~ Dapat A++ lagi subjek ni. kan?
hu^^ tapi kita lupa~
Kalau ikatan kecil ni kita pisahkan~ Kita putuskan. Maka tenaga yang sangat kuat terhasil. Sebab ikatan yang paling kuat dah terputus. Dan nak tau, tenaga ni dipanggil apa? hu^^
Yup~ Tenaga Nuklear.
Hebatkan? Banyak hikmah kenapa atom diciptakan kecil~ yang terkadang tak terlintas kat fikiran.
Benda yang sangat kecil mempunyai tenaga yang sgt besar sebenarnya. Tapi sayang, atom tak de fikiran macam kita. atom cuma tahu ikut apa yang diperintahkan tuhan pada dia. Kalaulah ikatan yang menahan proton tu tiada, pasti takkan ada kehidupan kat dunia ni. Hanya akan berlaku letupan2 nuklear yang memusnahkan.
Atom tiada fikiran untuk bergerak sesuka hati. kalau lah atom boleh berfikir, pasti katanya "Eh, cepat2 putuskan ikatan ni. aku nak g sana. nak melawat kawan aku si molekul tu" kata si atom.
ish2.. Persoalannya, siapa yang mengawal atom?
Siapa yang mengawal ikatan proton?
Siapa yang menetapkan nilai sebenar ikatan tu dari terpisah?
kalau lah berlaku hanya sedikit perubahan kat ikatan tu, proton pasti terlepas. Dan letupan nuklear pasti berlaku.
Tahu tak siapa?
hu^^
apa?
tak nampak siapa yang kawal?
tak nampak siapa yang mengira?
yup~ Tak nampak.
tapi..
DIA ada~
DIA selalu ada~
Kerana DIA tuhan kita~
Allah yang satu~
Pencipta yang bijaksana~
Maha Mengira~
Tak terlihat~
Bahkan ghaib.
Tapi kewujudan nya ada. kerana DIA menunjukkkan dirinya, di setiap keajaiban ciptaannya~
Jadi benarlah FirmanNYA~
Setiap amal itu akan dikira~
Oleh yang Maha Mengira~
Pada satu hari yang akan ada pastinya~
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasann)ya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula"
Al-Zalzalah : 7-8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment