Monday, April 11, 2011

Silam~

Sebenarnya lama aku nak menulis tentang ni. Tapi entah, mungkin kerana kekangan-kekangan masa atau kekangan yang lainnya buatkan ianya tertangguh lantas terdiam, sunyi dan terlupakan. Mungkin?

Terkadang rasa benci dengan masa silam~ benci dengan pengalaman lalu. Benci dengan sejarah hidup sendiri. Terlalu benci. Tapi, larilah sejauh mana, pekiklah sekuat hati, masa silam itu tetap di situ. Tidak pernah berubah. Tetap tidak berganjak.

Aku mempunyai satu cerita tentang silamku sendiri~ tentang kekecewaan masa lalu yang hingga kini terbekas dihati.

Tapi itulah, terkadang kita terlalu inginkan yang cerah bersinar. Hingga kita lupa, tanpa sisi yang gelap, yang cerah itu tidak akan bercahaya.

Ya, seperti mana agungnya peribadi Saidina Umar ibnu Khattab, sahabat yang baginda Rasul cintai itu.

Kerana tanpa jahiliahnya, hatinya tidak mungkin lembut mengenangkan dosanya

Kerana tanpa jahiliahnya, dirinya tidak mungkin memikul guni memberi sesuap nasi pada keluarga yang kelaparan.

Kerana tanpa jahiliahnya, tidak mungkin dia menjadi sahabat yang dijamin syurga

Terkadang lelah meminta. Hingga kita rasa, kita nak tulis surat kat Tuhan~ Nak bertanya “Allah, apa yang Engkau sediakan untuk aku dimasa depan?”

Akankah kebaikan?
Atau kesusahan?
Akankah kekecewaan?
Atau kebahagiaan?

Tapi itulah, satu dari kehidupan yang aku pelajari~

Dari kekecewaan, kita kenal erti kekuataan~
Dari jatuh, kita kenal erti bangkit~
Dari kesamaan, kita kenal erti perbezaan.

Hidup adalah ujian. Sejak dari lahir kita diuji. Diuji dengan jauhnya perjalanan sperma ke ovum, diuji dengan dengan tatihan sebelum berjalan, diuji dengan kekecewaan anak kecil yang kehilangan permainan, hinggalah ujian hingga akhir hayat kita nanti.

Aku jadi suka kata-kata ini lagi~ “hiduplah didunia ini sebagai pendatang asing”

Ya~ aku pernah ditinggalkan. Dan aku tidak pernah merasa begitu bersyukur ditinggal, ditolak, dan tidak dipandang. Kerana dari kekecewaan aku kenal erti kehidupan. Kerana dari kekecewaan aku kenal erti persahabatan, dan dari kekecewaan aku tahu Nilai cinta.

Cintailah selayaknya untuk dicintai. Cintakan ibu ayah, keluarga, sahabat, dan cintalah yang sentiasa mencintai diri. Tuhan yang satu.

Letakkan cinta pada tempatnya.

Benarlah, hanya yang pernah mengalami akan tahu erti. Bukan dari mata penghukum yang sentiasa menghukumi. Engkau salah, Berdosa besar, Munafiqun!

Aku tersenyum sinis~

Ketawa kecil. Skeptik sekali.

Semoga kita menjadi insan yang belajar dari kesilapan. Semoga :)

4 comments:

  1. salam ayu suka entry ini..
    ayu sendiri ada kisah silam yg x mungkin dan x akan pernah hilang dari kotak ingatan..
    tetapi kerana kisah dan masa silam itulah
    membawa dan menjadikan diri ayu sekarang..
    kuat dan tabah..insyaAllah utk mengharungi dugaan dan ujian yg Allah sediakan utk ayu kini dan masa2 yg mendatang..
    usah dikenang cerita lalu even luka lalu
    ubati ia dan pndang ke hadapan..
    belajarlah dari kesilapan lalu
    insyaAllah akan ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  2. btul2... cinta manusia bukan segala2nya... ianya kan hlg bila2 masa.. tp cinta Allah, ibu bapa yg akan kekal dgn kita...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah,berikanlah CINTA-Mu kpdku,jadikanlah org y mencintai MU,mencintaiku,dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu y membwa kpd KECINTAAN-MU..amin.

    ReplyDelete
  4. pandang ke masa lalu utk mengajar kita erti kehidupan agar kita lebih kuat dan tidak mudah lemah apabila ditimpa dugaan dan ujian yang ALLAH beri pada kita ... tanpa masa lalu tiada masa depan ... tiada semalam,tiada hari ini..tiada hari ini,tiada esok ... jadikan masa lalu itu pedoman dan pengajaran utk masa hadapan yang lebih baik ... walaupun kita tak tahu apa yang telah ALLAH rangka utk kita .. berusaha,berdoa dan bertawakal ... semoaga kita belajar dari kesilapan ...^^

    ReplyDelete