Wednesday, August 17, 2011

Sejak dari mula~


Terpanggil untuk menulis, setelah sekian lamanya terletah dalam percakapan. Menjadi seolah-olah bisu untuk berbicara. Sebenarnya yang mengundang kerisauan adalah tamparan sinis seorang sahabat tentang penulisan yang mampu mengengar minda. Pernah kalian menulis sesuatu yang bukan sekadar percakapan kosong? Atau sekadar bual-bual biasa? kerana jujurnya, tidak ramai yang mampu menulis bahan bacaan yang mampu menjadi pengembang minda. Mungkin kerana kekangan-kekangan masa, kesibukan atau kekangan lainnya.

Ya~ aku juga bergitu.

Jika kalian kalian memang bijak menulis, anngaplah kalian diberi kelebihan, Maka gunakanlah sebaiknya.

Tapi bagi aku, karya yang paling agung apabila kita berjaya menyentuh hati seseorang untuk terpaut ke arah kebaikan. walaupun bukan melalui tulisan, tapi itulah yang paling terindah. Apabila tugas sebagai pejuang dapat dilaksanakan walau bukan dengan mata pena. kerana sememangnya medan amal, jauh lebih payah dari medan kata.

Sejujurnya menulis bukan suatu perkara mudah. Bahkan, ramai yang trauma apabila hasil tulisan di salah anggap oleh pembaca. Hingga terkadang, layu. Terus terbiar. Tidak semua orang berkemahiran dalam mencanai perkataan untuk dijadikan pengegar jiwa.Terutama apabila kita bertujuan mengajak manusia melalui tulisan. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Mungkin kerana itu, aku menulis sekadar untuk rehat-rehat jiwa. Tidak pernah lebih. Tidak pernah kurang. Hanya sekadar kaedah. Rehat-rehat yang semoga bermanfaat bagi yang ingin mengambil iktibar.

Janggal rasanya menulis begini. Sekian lama mengubat diri dari trauma, baru hari ini rasanya berjaya menulis tanpa mengambil sudut pandangan orang ketiga. Mungkin benar kata orang~ jika perkataan itu datang dari hati. Kau pasti tahu.

Tapi~ apa pun, karya agung itu tetap pada medan amal. Menasihati melalui peribadi. Bagi sesiapa yang mempunyai kelebihan menulis atau melukis~ buatlah ketika lapang. Dan teruskan walau tertatih.

Oh? Daie ada masa lapang?

Urm.. apa pun, Niat aku menulis hanya satu. ya.. Satu. Sejak dari mula~

yang sedang keliru~
Iman

No comments:

Post a Comment